"Zaman kami dulu, soal gaji dan ganjaran tidak pernah terlintas di kepala. Yang di fikirkan ialah bermain bersungguh-sungguh dan menang".
Petua Kejayaan
"Petua saya mudah saja. Setiap pemain perlu berhati-hati
dan sentiasa mengunakan akal sewaktu bermain. Kelincahan dan pandai mengawal bola saja tidak mencukupi. Ia perlu disertai dengan kepantasan kita bermain. Setiap pemain perlu menguasai kemahiran mengawal bola dan bermain sebagai satu pasukan.
Disiplin,persefahaman menghantar bola kepada kawan dan semangat untuk mengalahkan lawan tanpa memikirkan mereka lebih kuat,tersemat kukuh dalam diri setiap pemain ketika itu.
Sikap Majikan
Di sebalik kemanisan dunia pilihannya itu,ada kisah pahit yang amat menyedihkan nya, ia itu sikap pengarah dan pegawai di tempat kerjanya. Meraka tidak langsung meminati sukan bolasepak. "Disebabkan itu, mereka tidak mengambil berat kebajikan pemain kerana dianggap tidak penting," katanya. Waktu itu, pemain tidak pernah mendapat kelepasan kerja untuk bermain bola atau menjalani latihan. Sebaliknya mereka menggunakan peluang cuti tahunan untuk menumpukan perhatian kepada sebarang perlawanan.
extract fr.Berita Harian, sabtu 29 ogos 1987
No comments:
Post a Comment