Tuesday, August 26, 2008

PERLAWANAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

Mewakili pasukan jemputan Melayu
Singapore di Indonesia pada 1953.
Perlawanan yang tidak dapat dilupakan nya ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.
Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu. Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu. "Separuh masa pertama, kami ketinggalan 0-3 tetapi pada separuh masa kedua, kami mengasak pihak lawan dan menjadikan keputusan seri 3-3 ."Saya tidak dapat melupakan gol pertama yang dilambungkan pada jarak 20 kaki dari tiang gol lawan,menerusi sudut yang sukar, dapat menewaskan pemain pertahanan serta penjaga gol.
extract fr. Berita Harian 29 ogos 1987

No comments: