Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia. Beliau sering mendapat jemputan khas untuk mengadakan perlawanan persahabatan atau pun menjadi pemain jemputan.
Pernah satu peristiwa berlaku pada tahun 1946 ketika Dollah Don telah dijemput khas untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Medan di Sumatra.Malangnya Dollah Don tidak dapat bermain disebabkan beliau tidak sihat.Keadaan di stadium pada masa itu agak kecoh. Ketiadaan Dollah Don ketika itu menyebabkan para penonton yang menunggu ingin menyaksikan kehebatan permainan Dollah Don telah menimbulkan kemarahan para peminat
lalu membantah supaya wang mereka dipulangkan semua.Dengan keadaan yang agak tegang itu pihak penganjur terpaksa angkur dan memberi balik wang kepada mereka. Keadaan di stadium selepas itu mula Kosong kerana mereka pulang dengan tidak menyaksikan perlawanan tersebut.
Dari mana asal 'Harimau Malaya'
Peminat-peminat Dollah Don Serta Pesident Sukarno ketika itu amat meminati Dollah Don. Dollah mengingati satu perlawanan yang di adakan di Jakarta pada tahun 1953 dimana mereka ketinggalan 0-3, tapi pada separuh masa kedua mereka mengasak dan menjadi keputusan seri 3-3
"Saya menjaringkan ketiga-tiga gol dan Sukarno menggelar saya 'Harimau Malaya' Dollah Don mengingati peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan.
Sebagai seorang pakar penjaring gol ramai penganalisis bola mengatakan setiap kali Dollah Don berhadapan dengan penjaga gol, bola yang berada di kakinya itu pasti 100% akan menembusi kubu lawannya dan semua ini disempurnakan dengan tenang.
Kemuncaknya beliau telah menerima hadiah sebagai penjaring gol yang terbanyak di kejohanan bola sepak di Hong Kong pada tahun 1950 dengan menjaring 19 gol daripada 26 gol.
lapuran Berita Harian.
No comments:
Post a Comment