Wednesday, August 27, 2008

Tanpa ganjaran

"Zaman kami dulu, soal gaji dan ganjaran tidak pernah terlintas di kepala. Yang di fikirkan ialah bermain bersungguh-sungguh dan menang".
Petua Kejayaan

"Petua saya mudah saja. Setiap pemain perlu berhati-hati
dan sentiasa mengunakan akal sewaktu bermain. Kelincahan dan pandai mengawal bola saja tidak mencukupi. Ia perlu disertai dengan kepantasan kita bermain. Setiap pemain perlu menguasai kemahiran mengawal bola dan bermain sebagai satu pasukan.
Disiplin,persefahaman menghantar bola kepada kawan dan semangat untuk mengalahkan lawan tanpa memikirkan mereka lebih kuat,tersemat kukuh dalam diri setiap pemain ketika itu.

Sikap Majikan

Di sebalik kemanisan dunia pilihannya itu,ada kisah pahit yang amat menyedihkan nya, ia itu sikap pengarah dan pegawai di tempat kerjanya. Meraka tidak langsung meminati sukan bolasepak. "Disebabkan itu, mereka tidak mengambil berat kebajikan pemain kerana dianggap tidak penting," katanya. Waktu itu, pemain tidak pernah mendapat kelepasan kerja untuk bermain bola atau menjalani latihan. Sebaliknya mereka menggunakan peluang cuti tahunan untuk menumpukan perhatian kepada sebarang perlawanan.
extract fr.Berita Harian, sabtu 29 ogos 1987

Tuesday, August 26, 2008

SUKARNO MENGGELAR SAYA "HARIMAU MALAYA"

Peristiwa di Sumatra.
Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia. Beliau sering mendapat jemputan khas untuk mengadakan perlawanan persahabatan atau pun menjadi pemain jemputan.
Pernah satu peristiwa berlaku pada tahun 1946 ketika Dollah Don telah dijemput khas untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Medan di Sumatra.Malangnya Dollah Don tidak dapat bermain disebabkan beliau tidak sihat.Keadaan di stadium pada masa itu agak kecoh. Ketiadaan Dollah Don ketika itu menyebabkan para penonton yang menunggu ingin menyaksikan kehebatan permainan Dollah Don telah menimbulkan kemarahan para peminat
lalu membantah supaya wang mereka dipulangkan semua.Dengan keadaan yang agak tegang itu pihak penganjur terpaksa angkur dan memberi balik wang kepada mereka. Keadaan di stadium selepas itu mula Kosong kerana mereka pulang dengan tidak menyaksikan perlawanan tersebut.

Dari mana asal 'Harimau Malaya'



Peminat-peminat Dollah Don Serta Pesident Sukarno ketika itu amat meminati Dollah Don. Dollah mengingati satu perlawanan yang di adakan di Jakarta pada tahun 1953 dimana mereka ketinggalan 0-3, tapi pada separuh masa kedua mereka mengasak dan menjadi keputusan seri 3-3
"Saya menjaringkan ketiga-tiga gol dan Sukarno menggelar saya 'Harimau Malaya' Dollah Don mengingati peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan.
Sebagai seorang pakar penjaring gol ramai penganalisis bola mengatakan setiap kali Dollah Don berhadapan dengan penjaga gol, bola yang berada di kakinya itu pasti 100% akan menembusi kubu lawannya dan semua ini disempurnakan dengan tenang.
Kemuncaknya beliau telah menerima hadiah sebagai penjaring gol yang terbanyak di kejohanan bola sepak di Hong Kong pada tahun 1950 dengan menjaring 19 gol daripada 26 gol.

lapuran Berita Harian.

PERLAWANAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

Mewakili pasukan jemputan Melayu
Singapore di Indonesia pada 1953.
Perlawanan yang tidak dapat dilupakan nya ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.
Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu. Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu. "Separuh masa pertama, kami ketinggalan 0-3 tetapi pada separuh masa kedua, kami mengasak pihak lawan dan menjadikan keputusan seri 3-3 ."Saya tidak dapat melupakan gol pertama yang dilambungkan pada jarak 20 kaki dari tiang gol lawan,menerusi sudut yang sukar, dapat menewaskan pemain pertahanan serta penjaga gol.
extract fr. Berita Harian 29 ogos 1987

Monday, August 25, 2008

Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim - kehebatan Dollah Don

Pakar sejarah dan pengulas sukan terkenal Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim
pernah berterus terang mengulas dalam Berita Harian mengatakan "Kehebatan Dollah Don masih belum dapat di tandingi oleh mana-mana striker negara, Dollah Don bukan sahaja berjaya mencipta nama di negara sendiri bahkan kelincahannya digeruni dan dihormat di rantau Asia sekitar tahun 40-an.
Dollah melompat tinggi dalam satu rebutan bola ketika mewakili Persatuan Bolasepak Cina Malaya dalam satu perlawanan di Hong Kong.

Dollah Don mempunyai ramai peminat nya di Hong Kong dengan panggilan Toh Ah Ton kerana sukar menyebut nama 'Dollah Don'.
Hongkong Invites Malayan Players

Two Malayan football players, Ramlan of Singapore and Dollah Don of Johore have received an invitations to join the Sing Pao football Club-Malaya of Hong kong.

A HAT-TRICK by centre-forward Dollah Don and brilliant work in the defence by left-back Haji Grahan and right-bak Tan Kai Sow .
The Malayans scored first three minutes after the opening whistle through Dollah Don and were never behind after that.

Sunday, August 24, 2008

ANAK JOHORE JATI -HAJI ABDULLAH BIN MOHD DON

Biodata Dollah Don
Tuan Haji Abdullah Bin Mohd Don atau dikenali sebagai Dollah Don dilahirkan pada 23 mac. 1923 di Stulang Laut, Johore Bahru. Beliau anak ke tiga daripada 5 adik beradik,dua orang kakak, Allahyahamah Mariam,Puan Hasnah dan dua orang adik ia itu Tuan Hj.Mohd Taib and Hajjah Zabidah.
Allahyarham bapanya Mohd Don bin Mohd Taib adalah seorang Nazir sekolah-sekolah dan Allahyahamah ibunya, Puan Asiah binti Mohd Salleh adalah suri rumah tangga.
Allahyarham Mohd Don kelihatan tampan dengan isteri kesayangannya Puan Asiah
Dollah Don selalu mengingati bahwa Allahyarham bapanya seorang yang sangat garang, tegas dan berdisiplin.

Mohd Don dengan kereta kesayangan nya
Dollah Don telah diberi galakan dan di asuh dengan disiplin oleh bapanya. Mengikuti watak disiplin bapanya lah yang membuat beliau berjaya dalam mana-mana bidang yang diceburinya.

Mohd Don sedang berehat dihalaman rumah
Dollah Don sentiasa bersyukur mendapat didikan yang baik dari ibu bapa yang penyayang. Allahyaramah Asiah binti Mohd Salleh seorang ibu yang mempunyai kelebihan memasak. Dollah Don sering mengingati masakan ibunya yang mengandongi resipi-resipi lama Johor. Semasa kanak-kanak beliau gemar bermain sepak bola tennis di halaman rumah nya di jalan Dapat Kampung Baru, Johore Bahru dimana beliau dibesarkan.Pendidikan awalnya di Primary School Ngee Heng dan melanjutkan pelajaran ke Sek. Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4 dan seterusnya di English College. Di-zaman persekolahannya beliau sangat aktif dalam sukan sehinga lah menjadi olahragawan yang terkenal.

Pada usia 11 tahun Dollah Don telah kehilangan orang ya ng disayangi.

Hari kematian Bapa kesayangannya.
Pada tahun 1947 Dollah Don menamat masa bujangnya dengan berkahwin dengan Zaleha binti Mohd yusof.
Puan Zaleha Binti Mohd Yusof , isteri kesayangan Dollah Don
Puan Zaleha adalah anak kepada Allahyarham Mohd Yusof bin Abu Bakar dengan Allahyarhamah Aishah bte Mohd Amin yang berasal dari Stulang Laut, Johore Bahru.

Ayah dan ibu mertua Dollah Don,Puan Asiah bte Amin dan Yusof bin Abu Bakar
Hasil perkahwinan Dollah Don dengan Puan Zaleha mereka dikurniakan tujoh cahaya mata. Anak yang sulongnya ialah

Abu Bakar atau dikenali dgn panggilan Harith semperna nama rakan bola sepak yg terkenal di Singapura.

di ikuti dengan Datin Fathilah, Cikgu Ainon,

Mohd Don,Othman dan Ali.
Dollah Don dan isteri bergambar bersama-sama sebahagian daripada anak menantu ketika berehat di Cameron Highland.

Dollah Don mempunyai 15 cucu


sebahagian cucu-cucu Dollah Don
Kini baru dikurniakan seorang cicit Iman Hezrin Hasery.

to be continue......











































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Pendidikan awal persekolahannya di Sekolah Rendah Inggeris Ngee Heng dan menghabiskan persekolahan Menengahnya di English College (Maktab Sultan Abu Bakar).